Monday, January 3, 2011
Resipi Puding Caramel :)
Bahan untuk puding:
5 biji telur ayam (kalau guna telur burung unta, ambil setengah biji sahaja)
1 tin susu sejat (suka hati nak jenama apa)
1 cawan gula pasir
1 1/2 sudu tepung custard
1 tutup vanila essen
Bahan untuk caramel:
3 sudu gula pasir
itu sahaja, sikit kan..
Cara-cara:
1 .Pukul ( belasah pun bolehh) telur sampai kembang
2. Masukkan susu sejat dan tepung custard
3. Tuang gula pasir perlahan-lahan dan kacau serentak (macam susah je bunyi, tak payah serentak pun bolehh)
4. Masukkan satu tutup vanila essen (vanila essen oke, bukan tutup dia)
5. Ketepikan dulu, mari buat caramel.
6. Ambil loyang besi, tak tahulah besi atau logam, tapi make sure bukan tuppaware lah, nanti cair pula bekas tu.
7. Masukkan gula pasir sebanyak 3 sudu, nak lebih manis, tambah la 5 sudu ke, guna senduk pun bolehh.
8. Dekatkan loyang tersebut direct dengan api @ panaskan gula tersebut sampai kuning keemasan.
9. Bila dah jadi caramel, masukkan adunan puding yang mula-mula kita buat tu dalam loyang tersebut. So, caramel tu duduk kat bawah @ dasar loyang je.
10. Panaskan pengukus, dan kukus sampai puding tu membeku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots10 years ago
-
7 Jun 201212 years ago
-
Don Daniyal Don Biyajid < 313 years ago
-
Ketagih14 years ago
No comments:
Post a Comment